Selasa, 24 Mac 2020

Google Certified Educator Level 2

Alhamdulilah, saya lulus Google Certified Educator Level 2 pagi tadi.
Mula menjawab 7:40 pagi, masa diperuntukkan 3 jam.
Saya ambil kesempatan Perintah Kawalan Pergerakan sejak Khamis lepas untuk ulang kaji di https://edu.google.com/.
Bayaran USD25, exam ready dalam masa 24 jam selepas pembayaran dan kena akses dalam masa 7 hari.

Soalan-soalanya lebih mencabar dan teknikal berbanding Level 1.
Saya dapat 25 soalan aneka pilihan dan 12 tugasan.
Kesemuanya merangkumi pelbagai senario penggunaan produk Google dalam pendidikan.

Antara tugasan-tugasan yang saya terima ialah
- membina Sites untuk kursus yang diajar
- membina Sites untuk portfolio pelajar
- membina Blogger untuk tugasan kolaborasi pelajar
- membina YouTube playlist
- membuat Appointment Slot pada kalendar
- berkongsi destinasi pada Google Map
- membina Pivot table dari Sheets data pelajar yang diberi
- mengubah suai Docs bagi tujuan penulisan silibus
- membina borang tinjauan dengan Forms
- membina kuiz autograding dengan Forms

Ada tugasan yang saya tak pernah buat, tetapi sempat untuk saya google kan cara-caranya.
Apapun, sebab mungkin saya terbiasa dengan produk-produk Google, jadi tiada masalah untuk navigate struktur produk-produk Google.

Jadi, saya ambil ujian ini untuk mengukur kompetensi dalam penggunaan produk Google for Education.

Walaupun saya pengguna peranti Apple, untuk tujuan kerja saya gunakan Google kerana UPSI melanggan GSuite for Education.
Lagipun Apple for Education hanya terhad untuk pengguna gajet Apple, sedangkan Google lebih umum untuk semua tak kira pengguna Apple, Windows, Android dan Chromebook.


Paparan keputusan Exam 5 minit selepas Submit.
OK, sasaran berikutnya ialah Google Certified Trainer ^_^

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...