Isnin, 19 April 2021

Berempatilah, wahai para pensyarah!

“Saya buat kuliah online ok je semua pelajar join.” 
“Ala..dorang ni mengada-ngada, boleh je buat kuiz sejam. Semua hantar on time.” 

Perintah Kawalan Pergerakan yang silih berganti, tidak kita jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Diperketatkan (PKPD), Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP) sejak 18 Mac 2020 membataskan pergerakan rakyat Malaysia. 
Walaupun sekolah-sekolah sudah dibenarkan beroperasi secara bersemuka, sebahagian besar penuntut institusi pengajian tinggi masih menjalankan pengajian jarak jauh. 
Lokasi pelajar dari seluruh Malaysia memberikan risiko penyebaran jangkitan CoViD-19 sekiranya mereka pulang ke kampus. 
Alternatif terbaik bagi mengelakkan keciciran pengajian adalah dengan pembelajaran atas talian, sama ada secara synchronous, asynchronous atau hibrid.
Umumnya kita tahu capaian internet adalah tidak meluas. Ada kawasan yang tiada isyarat langsung. 
Di Kuala Lumpur sendiri ada kawasan dengan kelajuan rendah, kurang 5Mbps. 
Di bandar Rawang, masih 3G. 
Dalam keadaan ini, berempatilah wahai pensyarah budiman. 
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, empati ialah daya menyelami perasaan atau emosi orang lain. 

Empatilah dari segi masa dan alat. 
Apabila berada di rumah masing-masing, siswa mungkin membantu urusan harian keluarga mereka.
Ada yang ke kebun, berniaga dan pelbagai urusan tuntuan hidup. 
Maka empatilah terhadap masa mereka. 
Paksaan untuk hadir kuliah pada slot-slot tertentu sudah pasti meletakkan mereka dalam situasi serba salah di lokasi mereka, antara tuntutan pengajian dan tuntutan tanggungjawab keluarga. 

Empatilah dari segi alat. 
Siswa mungkin tiada peranti yang sesuai untuk meneruskan pengajian mereka. 
Mungkin mereka berkongsi komputer dengan adik beradik yang juga sama-sama sedang melanjutkan pengajian tertiari. 
Mungkin juga peranti mereka usang. 
Malah, capaian internet yang terbatas menyebabkan mereka hanya hadir sahaja dalam sesi kuliah, tanpa apa-apa manfaat. 
Akibatnya, terdapat siswa yang terpaksa menangguh semester atas kekangan yang dihadapi.
Kemurungan, gangguan emosi dan berputus asa. 
Apakah alternatif yang pensyarah boleh lakukan dalam memenuhi julat permasalahan siswa yang luas? -boleh komen dibawah ^_^- 

S.Kadri 
Penuntut Sekolah Penulisan Ramadan 2021 
19-4-2021

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...