Ahad, 5 Jun 2016

Penulisan Cadangan Penyelidikan

Berikut merupakan panduan penyediaan cadangan penyelidikan bagi projek pelajar tahun akhir dan penyelidikan pascasiswazah.

Saya dah lupa dari mana saya dapat rajah dibawah.


If you own the copyright of the figure below, please infom me since I dont remember the original source.

Sabtu, 4 Jun 2016

Ketumpatan

Ketumpatan ditakrifkan sebagai nisbah jisim terhadap isipadu,

Ketumpatan = Jisim/Isipadu

Unit piawainya ialah kg/m^3

Sudu dan pinggan daripada bahan yang sama seperti tembaga mempunyai ketumpatan yang sama, namun jisim dan isipadu yang berbeza.

Ketumpatan air ialah 1000 kg/m^3.

Ini bermakna 1 meter padu air adalah seberat 1000 kg.

Cecair terberat ialah merkuri atau raksa iaitu sejenis logam yang terdapat dalam termometer dengan ketumpatan 13600 kg/m^3, 13.6 kali ganda lebih berat berbanding air bagi isipadu yang sama.

Ok, itu pengenalan ringkas mengenai ketumpatan.

Dalam sesi amali beberapa hari yang lalu saya memberi tugasan kepada pelajar saya bagi menentukan ketumpatan satu silinder logam.

Peralatan yang diberi adalah seperti berikut:

  • Penimbang jisim

  • Pembaris

  • Bikar

  • Air paip

  • Bikar eureka

  • Bikar kaca

  • Penderia daya

  • Neraca spring

  • Kaki retort



Bagaimana anda menentukan ketumpatan sebuah silinder logam menggunakan peralatan yang diberi?

Saya hanya membiarkan pelajar-pelajar saya ini berbincang dan mencari maklumat dari internet.

Setelah hampir 25 min, berikut merupakan penyelesaian mereka.

  1. Timbang jisim silinder dengan penimbang, direkod sebagai m0.

  2. Isi bikar eureka dengan air penuh, letakkan silinder dalam bikar, dan timbang jisim air tersesar keluar direkod sebagai m1.

  3. Kemudian, dapatkan isipadu air tersebut dengan rumus ketumpatan dengan mengambil nilai ketumpatan air 1000 kg/m^3 direkod sebagai V iaitu sama dengan isipadu silinder.

  4. Akhirnya, ketumpatan silinder diperoleh daripada rumus m0/V.


Saya hairan kenapa begitu rumit pemikiran pelajar-pelajar ini.

Isipadu silinder boleh dihitung dengan formula silinder melalui ukuran tinggi dan jejari menggunakan pembaris sahaja.

Atau dengan menggunakan bikar kaca, baca sahaja nilai aras air tersesar setelah silinder ditenggelamkan sepenuhnya. Namun cara ini perlukan penukaran unit mililiter kepada meter padu.

Pelajar ini berada pada semester 6 dan akan menjalani latihan mengajar semester akan datang.

Sains susah?! Disusahkan?


Ada budak ikut bapa dia masuk lab akibat cuti sekolah

Rabu, 18 Mei 2016

Kad Hari Lahir 3D

Semalam hari jadi Ummi 16 Mei.
Saya ajak anak-anak buat kad hari lahir untuk Ummi.Si kakak tukang potong kad.
Si abang tukang warna.
Si kecik tukang lekat.
Alhamdulillah menjadi.
Yang penting mereka semua bekerjasama dan seronok.
Semua guna barangan terpakai.
Kad pun ambil dari pelapik baju yang baru beli.

13260196_10153767001319482_8737581265093196507_n

Isnin, 16 Mei 2016

Autism: Kenali Anak Anda

Semalam saya terserempak sahabat lama di sebuah restoran.
Kami berbual banyak perkara, maklumlah sudah lebih 10 tahun tidak ketemu.
Sampai perkara ke bahagian anak-anak, alhamdulillah masing-masing sudah beranak 3.
Anaknya ke-2 telah disahkan autism.
Dia tunjukkan kad OKUnya.
Ada ibubapa tidak selesa untuk secara terbuka menceritakan anak autism.
Syabas buat sahabat saya ini.
Saya pun tidak begitu tahu apa autism, cuba melalui pembacaan autism ini merupakan sindrom mental yang memberi kesan kepada komunikasi, dan menunjukkan tingkahlaku berulang.
Autism ini ada peringkat, yang ringan sehingga yang teruk.
Autism tidak boleh dirawat, cuma  boleh dididik agar apat menguruskan diri.
Terdapat si autism yang menunjukkan bakat luar biasa dalam sesuatu bidang seperti lukisan, matematik dan hafazan.

Rabu, 27 April 2016

Viva Sarjana Pendidikan (Fizik)

Alhamdulillah, pelajar seliaan saya Ahmad Tarmimi Ismail selesai membentangkan disertasi beliau bertajuk "Tahap Kefahaman dan Miskonsepsi Daya dan Gerakan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat".

Kajian tersebut merupakan sebahagian komponen Sarjana Pendidikan (Fizik) dengan Mod Kerja Kursus & Penyelidikan.

Keputusan mesyuarat adalah Pembetulan Minor yang perlu diselesaikan dalam masa 3 bulan dengan seliaan Penyelia.

Sesi bermula 9:30 pagi dan tamat 10:25 pagi, menjadikan sesi viva terpantas pernah saya hadiri.

Tahniah atas laporan ilmiah yang meyakinkan penilai dan juga memudahkan tugas saya sebagai penyelia atas sifat berdikari yang ditunjukkan.


Kepada yang berminat untuk menyambung pelajaran di UPSI, boleh layari -->http://www.ips.upsi.edu.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...