Jumaat, 23 Oktober 2026

Teori Beban Kognitif

 Ini adalah pemahaman aku tentang teori beban kognitif (Cognitive Load Theory).

Peolehan maklumat sekunder yang baharu melibatkan tiga proses atau beban iaitu beban luaran, beban dalam dan beban germana.

Maklumat sekunder ialah maklumat yang dipupuk melalui pengajaran langsung seperti kemahiran membaca, dan menulis.

Maklumat primer ialah maklumat yang boleh diperoleh tanpa pengajaran langsung seperti berjalan dan bertutur.

Setiap orang mempunyai kapasiti memori yang terhad.

Kapasiti ini bergantung kepada pengetahuan sedia ada, umur dan pelbagai yang lain.


Dalam satu kelas, setiap pelajar mempunyai kapasiti yang berbeza.

Perolehan maklumat baru melibatkan tiga beban dalam satu kapasiti.

Oleh sebab kapasiti tersebut terhad, beban-beban ini perlu dikawal supaya skema boleh dibentuk dalam memori jangka panjang yang tiada had.

A : Beban luaran ialah sesuatu yang perlu diminimumkan kerana ia tidak menyumbang kepada matlamat pembelajaran. Contohnya adalah teks slaid yang panjang dan pengetahuan tidak berkaitan pengajaran.

B : Beban dalaman ialah sesuatu yang sedia ada dalam pengetahuan dan bersifat kekal. Kerumitan sesuatu konsep, contohnya fizik kuantum, tidaklah semestinya sifat disiplin ilmu tersebut. Namun begitu, ia boleh dirancang supaya dapat dikuasai seperti menyediakan langkah-langkah kecil ke arah memahaminya.

C: Beban germana ialah usaha pembelajaran yang dimilik pelajar. Usaha ini diperlukan untuk membentuk skema yang akan menyumbang kepada automasi.

Kapasiti = A + B + C -> Skema -> Automasi

Dengan mengurangkan A, menguruskan B, lebihan kapasiti boleh difokuskan kepada C.


Berikut merupakan infografik janaan Claude


Bagaimana CLT ini dapat membantu aku merancang pengajaran?

Fizik memang sukar.

Jadi, aku perlu mengecilkan unit dan menyusun bahan.

Rekabentuk bahan hendaklah minimalis.

Unsur-unsur real konteks diperlukan supaya pelajar dapat menghubungkan pengetahuan dan bermotivasi untuk memahami.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...