Ahad, 25 Oktober 2026

ADDIE sebagai pendekatan bukan model

ADDIE merujuk kepada satu pendekatan instruksional untuk membangunkan satu-satu pengajaran.
Ia bukan model yang mempunyai langkah-langkah komplek untuk diikuti.

ADDIE ini tiada pengasas tertetu; ia berkembang daripada asalnya bagaimana badan ketenteraan Amerika Syarikat merancang latihan.

Kini ADDIE digunakan dalam pelbagai program pembangunan latihan dan pendidikan.

Fasa dalam ADDIE adalah
A- Analyze : Analisis
D- Design : Reka bentuk
D- Develop : Bangun
I- Implement: Laksana
E- Evaluate: Nilai

Berikut merupakan elemen dalam fasa ADDIE yang boleh diikuti.

1. Membangunkan matlamat instruksional

2. Analisis instruksionla

3. Analisis pelajar

4. Objektif pembelajaran

1. Reka bentuk pentaksiran dengan mengambil kira
    i. matlamat
    ii. pelajar
    iii. konteks
    iv. pentaksiran

2. Pilih format kursus seperti platform dan medium pembelajaran

3. Bina strategi instruksional.
    5 komponen utama pembelajaran
    i. Strategi prainstruksional (untuk memotivasi, penyataan LO)
    ii. Persembahan kandungan
    iii. Penyertaan pelajar
    iv. Pentaksiran
    v. Aktiviti susulan

1. Hasilkan sampel

2. Bangunkan kursus

3. Jalankan rintis

1. Melatih instruktor (jika berbeza dengan pembangun)

2. Menyediakan pelajar

3. Menguruskan ruang pembelajaran

1. Penilaian formatif.

    Boleh melibatkan tiga peringkat penilain:
    (i) seorang satu persatu 
    (ii) kumpulan kecil
    (iii) cubaan sebenar

2. Penilaian sumatif

    Pembuktian kerelevanan instruksi.
    i. Reaksi (maklum balas pelajar)
    ii. Pembelajaran (pascaujian)
    iii. Tingkah laku (kesan lanjutan)

3. Hasil (kos, kesan, dsb)


Dalam pendidikan tinggi, Penjajaran Konstruktif oleh Biggs diambil sebagai pendekatan dalam pembangunan program.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...