Saya baru sahaja pulang dari Bangkok. Saya berpeluang ke sana untuk menghadiri Bengkel Mikro/Nanoteknologi (Southeast Asia International Advances in Micro/Nanotechnology 2010) bertempat di Montien Hotel. Jadi, saya ingin berkongsi pengalaman dan tip sepanjang saya berada di Bangkok.
Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok
Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa jika berada di Thailand kurang dari 30 hari. Tetapi, sila pastikan informasi terkini di laman web Kementerian Luar Negeri Malaysia. Di lapangan terbang ini, terdapat sebuah surau di Tingkat 2 dan di depannya terdapat sebuah kiosk yang menjual makanan ringan yang halal ditanda dengan label حلال. Perkhidmatan internet tidak ditawarkan secara percuma. Internet tanpa wayar perlu dilanggan dengan membeli kad pra-bayar.
Sebuah kiosk kebab halal dan surau juga berada di balai pelepasan, selepas melalui pemeriksaan passport. Jadi tiada masalah untuk sembahyang dan makanan halal di lapangan terbang.
Makanan Halal
Untuk mencari makanan halal di Bangkok tidaklah begitu sukar. Banyak juga produk-produk yang dijual di pasaraya, 7-11, Family Mart yang disahkan halal oleh badan bertanggungjawab di Thailand. Hanya cari produk, seperti mee segera, roti atau biskut yang ditanda dengan cop halal seperti di bawah.
Di kompleks membeli belah seperti Platinum dan MKS juga terdapat restoran halal. Sebagai contoh di MKS, terdapat sebuah restoran masakan India, Indonesia dan Thai yang halal di ruang makan antarabangsa di Tingkat 5. Di Platinum pula, ada sebuah penyedia makanan Thai di medan seleranya.
Saya juga berkesempatan menikmati masakan tempatan di warung muslim, pasar minggu Chatuchak.
Kadangkala terdapat penjaja muslim yang menjaja makanan di atas troli bergerak di tepian jalan. Troli mereka ditanda dengan حلال atau dapat juga dikenali melalui cara berpakaian mereka, bertudung bagi perempuan dan berkopiah bagui lelaki.
Jika anda susah untuk menemui makanan Halal di tempat anda menginap, pergi sahaja ke stesyen BTS "Nana". Turun sahaja dari stesyen tersebut, anda akan terus nampak pelbagai restoran India/Pakistan muslim di kawasan tersebut.
Umumnya, bagi saya, isu makanan tidak menjadi masalah di Bangkok.
Surau
Kemudahan ruang sembahyang disediakan di beberapa kompleks membeli-belah. Setakat pengetahuan saya, Siam Paragon dan Platinum menyedia ruang sembahyang dan ditanda dalam direktori lantai mereka.
Bahasa
Seperti yang sedia maklum, bahasa utama di Thailand ialah Bahasa Thai. Tulisan pula menggunakan skrip Thai. Di kawasan tarikan utama pelancong, papan tanda di tulis dengan alternatif huruf roman. Ejaan huruf roman pula tidak menggambarkan sebutan yang betul dalam Bahasa Thai.
Tiada satu huruf roman pun yang tercetak di atas nota wang mereka. Saya pada awalnya bermasalah untuk membezakan duit syiling baht dan satang kerana semuanya ditulis dengan skrip Thai.
Peniaga di kawasan pelancongan mungkin boleh sedikit berbahasa Inggeris. Tetapi sekiranya berada di pasar terapung atau pasar tempatan, mereka langsung tidak boleh berbahasa Inggeris dan menu makanan atau apa jua ditulis dengan skrip Thai. Jadi, gunakanlah apa jua skill komunikasi yang anda rasa berfungsi :)
Pengangkutan
Kaedah pengangkutan yang paling mudah ialah mengunakan BTS (setara dengan monorel di Malaysia) atau MRT (tren bawah tanah seperti PUTRA LRT. Tuk-tuk atau kereta beroda tiga juga agak popular dan murah berbanding teksi. Yang menariknya, terdapat perkhidmatan motorsikal, sesuai untuk seorang pembonceng sahaja. Topi keledar tidak disediakan.
Bangkok, bandar yang dinamik dan unik. InsyaAllah jika berpeluang, saya akan ke sana sekali lagi bersama keluarga di masa hadapan.
5 ulasan:
thanks for ur info..
going to bangkok next month..
hope we all selamat..
Halal Food not really cheap in Bangkok...Not many choice..
Susah jugakla kalau tidak kenal tempat for HALAL foods...
In Bangkok near BTS phayathai soi 7 petchaburi road byk jugak restoran Muslim food... Klu ada MASJID dekat situ adalah kedai makanan HALAL..
semoga info bermanfaat
mencari yg halal itu wajib
mmg agak susah, tp asalkan ada pon dah cukup baik..
^_^
Byk jg restoran halal tp sy lbih suka bwa bekal utk ke mana sj (bwa rice cooker yg kecil,masak nasi n sardin dlm bilik hotel)jarak antara 1 restoran halal dgn yg lain agak jauh,trpaksa ambil tut tut atau taxi sdgkn perut dh lapar sgt
Cik Anon,
Bagus juga amalan cik.
Tapi ada negara yang kalau kita pergi
1) Rampas bekal2 kita (Cth: US, Australia)
2) Electrical standard x sama dgn malaysia, karang meletup periuk nasi. (Cth: Jepun, US)
Catat Ulasan