Isnin, 31 Disember 2018

Ambang tahun baru 2019

Pencapaian hujung tahun 2018.

Hasil kerja
Kepingan kertas dalam kotak.
Dalam pembikinan
Kecil sangat

Seminggu baru siap 😁.
Daripada kepingan kertas sahaja boleh hasilkan karya 3D.
Barulah faham apa yang seronok sangat isteri saya buat macam2 hasil kraf daripada fabrik.
“membazir”
“takde faedah”
Jangan macam itu.
Buat benda begini semacam terapi.
Masa terhenti seketika.
Bila siap, punyalah gembira.
Selamat Tahun Baru 2019.
Moga tahun depan lebih baik dari segala segi, Amiin


Hari ini dan semalam aku buat operasi pembersihan digital.
Susun balik fail2 dalam Mac, pindah dalam drive.
Backup, kalau pakai PC dulu kena defrag.
Mac tak payah dah buat benda tu semua, hehe..
Buang mana tak perlu.
Dapat lebihkan ruang 20GB, sudahlah storage 128GB saja.


Ahad, 30 Disember 2018

Jepun Mula Bercuti

Jepun akan bercuti umum dari 31 Disember hingga 3 Januari.
Oleh kerana 4 Januari adalah Ahad, maka ramai yang terus bercuti seminggu,
Premis-premis perniagaan banyak yang tutup pada 31/12 dan 1/1.
Jadi, waktu ini adalah paling tak sesuai untuk berlibur di Jepun.
Semalam aku ke Tanukikoji untuk beli stok makanan di Gyoumu dan Jupiter di Odori.
Ini video aku buat sunting sikit guna iMovie untuk sesiapa yang nak ke Sapporo yang cari ramuan untuk masak-masak.


Yang cari penginapan ala-ala homestay boleh cuba Airbnb.

Sejak kelmarin dijangka ribu salji.
Memang cepatlah naik ketinggian salji.
Salji Hokkaido memang terbaik sebab macam tepung.
Tempat lain diselatan macam air batu campur, kasar-kasar.

Laluan ke rumah aku, sudah membentuk parit.

Halus dan senang barai. Susah nak buat orang salji sebenarnya.

Kawasan kejiranan, tak nampak jalan sudah.
Jadi, hari ini aku buat penyelenggaraan blog ini sikit.
Antara aktiviti yang aku buat
- tambah share button (rupa-rupanya senang saja tak perlukan third party widget, hanya pergi pada layout> Main Post> Enable share post)
- tambah  widget "Entri Berkaitan" guna http://www.linkwithin.com, tak perlu daftar dan percuma.
- tambah widget "Entri Popular" guna widget sedia ada dalam blogger.

Selasa, 25 Disember 2018

Operasi Pembersihan Besar-besaran 大掃除

Hari ini kami di makmal laksanakan 大掃除  atau oosouji.
Operasi pembersihan ruang menyeluruh beramai-ramai.
Ini memang acara hujung tahun.
Urusan kebersihan memang tanggungjawab semua ahli-ahli makmal.
Tak kira prof ke.. tak prof ke.. bergotong-royong buat sama-sama.
Tiada tukang cuci yang buat.
Kecuali ruang lobi, tandas dan pantri yang ada tukang cuci pagi-pagi datang.
Itu pun dia seorang sahaja 'cover' satu institut.
Biasa aku datang pagi sapa makcik, kadang-kadang pakcik tukang cuci itu, orang lain tak datang lagi tapi aku datang awal balik awallah kan..kekekeke

Selain itu, setiap Jumaat petang memang ada operasi pembersihan ruang juga.
Oleh sebab ada amalan tiap minggu, maka operasi besar-besaran ini jadi mudah.
Asing sampah ikut jenis, vakuum, lap permukaan dan sebagainya.
Amalan yang baik kita teruskan dan ikut.
Mulakan tahun baharu dengan suasana bersih.

Semua buat kerja, prof ke, tak prof ke.. semua!


Sampah-sampah diasing ikut jenis.

Aku pun berlakon rajin..hihi

Peralatan dilindungi sebab mahu bersihkan sawang dan penapis pendingin hawa.
Ini sarapan pagi tadi sebelum datang makmal ^_^
#HidupDiSapporo

Isnin, 24 Disember 2018

Cuti Hari Maharaja dan Hari Natal

23 Disember ialah cuti umum bagi Hari Mahajara Jepun.
Ala-ala Hari Keputeraan.
Tahun ini jatuh pada hari Ahad.
Oleh itu, Isnin cuti.
Tetapi tiada suasana macam sambut Hari Mahajara pun.
Sana-sini sambutan Hari Natal.
Sibuk persediaan Christmas Eve.
Seolah-olah mereka ini beragama Kristian.
Jepun, Hari Natal bukan cuti umum.
Mereka pun sambut kerana kemeriahan santa, memberi hadiah dan sebagainya.
Mereka tidak menyambut sebagai seorang penganut kristian.
Itulah yang peliknya.

Aku ambil kesempatan untuk tebus kupon di Stesyen Sapporo sambil bersiar-siar.
Kupon ini dapat bila berbelanja lebih 500 yen dalam satu resit.
6 kupon untuk satu peluang cabutan.
Aku dapat 5 cabutan.

Kupon untuk kelayakan cabutan bertuah.
Salah satu hadiah dia melancong ke Malaysia! hehe
Dapat baucer.
Daripada 5 cabutan, satu dapat baucer 200 yen. 
Jadilah daripada dapat tisu sahaja..hehe
200 yen boleh beli tiket tambang bas balik rumah dari Stesyen Sapporo.

Semalam, aku ke Don Qui Hote.
Terjumpa Coca Cola perasa kopi.
Sekarang memang aku tak minum manis macam Coke sebab dah ubah selera tua agaknya.
Tapi beli sebab nak sekadar rasa, itu pun minum tak habis, seteguk dua sahaja.
Coca cola plus coffee
Rasa boleh tahan la aroma kopi dia.
Pelindung kabel
Kemudian, terjumpa pelindung kabel pengecas ini.
Comel tak?
Harga sekitar RM26.

#HidupDiSapporo




Sabtu, 22 Disember 2018

MADO Belajar Bahasa Jepun

Tiga Sabtu aku langkau kelas Bahasa Jepun (BJ).
Sebabnya keluarga datang berlibur sempena musim cuti sekolah.
Tapi aku kerja macam biasa, tak ambil cuti pun.

Kali ini belajar dengan Kawai-sensei.
Kali kedua dengan beliau.
Belajar tentang kata kerja transitif 他動詞  dan tak transitif 自動詞.
Pernah belajar tapi lupa la..huhu
Aku tak pernah belajar BJ ini secara formal intensif.
Banyak sendiri-sendiri dan sertai kelas MADO ini, hari Sabtu.
MADO ini ialah NGO, cikgu-cikgu dia sukarela yang suka layan orang asing, kebanyakan pesara.
Aku pun boleh juga bersosial dan promosikan Malaysia juga kan..
10 tahun lepas ramai orang Cina yang belajar.
Sekarang ini ramai Vietnam.
Menurut sensei-sensei ini, macam ada gelombang.
Ada satu ketika ramai orang Korea, kadang-kadang Afrika.



Sensei kata tak pernah dengar pasal Malaysia sangat.
Ada je sensei lain yang pernah melancong ke Malaysia.
Tapi dia ni tak pernah.
Katanya, pelajar Malaysia tiada kat situ yang belajar BJ.
Paling akhir pun lima tahun lepas.
Yang ramai banyak dari negara lain.
Macam biasa, perbualan dalam BJ.
Penat otak nak buat ayat.
Tapi itulah tujuan belajar.
Kalau tak, hidup dengan Google translate.
Tak syiok.

Dalam perjalanan ke kelas, naik bas ternampak kelas memasak kek.
Cikgu dia tunjuk cara memasak, ada video fokus, anak2 murid duduk semak nota masing-masing.
Boleh nampak suasan dari luar sebab dinding gelas.
Macam seronok dan nak sertai pula. ^_^
Naik bas lebih seronok dari naik subway.
Boleh nampak macam-macam sekitar kita.


Minggu depan tiada kelas.
Cuti tahun baru.
Belajar youtube sajalah.

Khamis, 13 Disember 2018

Persidangan di Jozankei

Semalam dan hari ini aku sertai simposium tahunan institut tempat aku bertugas.
Poster Simposium
Yang menariknya, setiap kali simposium ada satu tulisan kanji sebagai tema simposium.
Tempat kali ini ialah 組 disebut so yang bermaksud kumpulan, set atau kelompok yang dikaitkan sebagai bidang multidisiplin.
RIES ini memang institut multidisiplin, ada fizik, kimia, biologi dan matematik di bawah satu institut.

Simposium yang padat, semua tersusun rapi.
Bilik aku menginap dengan pemandangan indah di luar.
Simposium RIES kali ke-19 ini dianjurkan di Jozankei, salah satu destinasi popular hot spring di Sapporo.
Pemandangan dalam tandas, cantik kan?
Simposium bermula pukul 2 ptg selasa hingga 1 tghhari rabu berterusan!
Ada masa sengggang sejam untuk onsen dan sejam untuk makan.
Malam pun ada sesi poster sampai jam 10.
Pagi 8:30 pagi Rabu dah mula.
Aku tak masuk onsen.
Tak mau lah berbogel.
Onsen nya memang wow sebab mengadap kawasan bersalji.
Ini kali ke-4 aku hadiri persidangan di Jepun.

Aku perhatikan, sukar untuk lihat audien ambil gambar atau bergambar dengan telefon.
Yang membentang poster mahupun oral tiada pun yang sakan nak bergambar.

Ada satu persidangan Hablur Cecair di Kyoto, langsung tak dibenarkan ambil gambar.
Sesi jadual padat dan patut pada masa diperuntukkan.
Pengurusan sangat efisien.
Akhir sekali, tag nama dipulangkan kembali untuk digunakan untuk tahun akan datang ^_^


Aku ambil gambar meja sahaja. Sebab tiada orang yang sibuk-sibuk bergambar masa persidangan, masing-masing sama ada fokus atau berpura-pura fokus (tak mahu mengganggu perjalanan persidangan dengan aksi mengambil gambar.)




Isnin, 19 November 2018

Kad Kasih Sayang

Bulan lepas aku pos kad-kad ucapan dari Jepun kepada anak-anak di Malaysia.
Konon-konon nak bagi motivasi peperiksaan akhir.
Sudahnya, hari terakhir periksa baru kad sampai.
2 minggu juga lah ambil masa.

Sebelum itu pernah hantar poskad, langsung tak sampai.
Postkad Hello Kitty, mungkin kena kebas agaknya sebab kiut.
Kira ini cubaan kedua, tapi letak dalam sampul.

Sebagai balasan, anak-anak hantar kad kepada aku.
Aku minta Umminya tunjuk pada Kakak cara hantar pos.
Aku mahu anak-anak tahu fungsi pos.
Pos ke luar negara.

Mula-mula aku rasa macam buang masa saja buat aktiviti hantar kad ini.
Tapi bila kau terima kad-kad yang anak-anak buat, rasa terharu.
Ummi dia kata, mereka buat sendiri.
Dia tak masuk campur.
Ketua projek ialah Kakak.
Si Bongsu tiru tulisan kakak tulisan ucapan.
Tulisannya cantik, dia ini lebih kemahiran seni.
Si Abang dengan tulisan mandarinnya.
Walaupun cincai dan selekeh, tapi ada keunikan yang perlu dibongkar
Si Kakak dengan set kad kecik.
Seorang yang agak teliti dan tekun.

Walaupun tak cantik, tapi nilai sentimentalnya tinggi.
Terutama bila berjauhan.
Walaupun tiap-tiap malam berFaceTime.
Tapi sesuatu yang 'tangible' macam kad ini seolah-olah menyentuh tangan mereka.
^_^

Setem RM6.20, ambil masa 10 hari untuk sampai Jepun

Hasil kerja Si Kecik, Si Abang dan Si Kakak

Manalah dia dapat idea kad kecik dalam kad dalam kad lagi. Menghiburkan hati.

Hiro dengan tulisan Mandarinnya.

Ahad, 18 November 2018

Cabaran Makmal Sejuk

Hari ini Ahad, aku datang makmal untuk penyediaan sampel.
Suhu Sapporo sudah pun jatuh di bawah 10 Celcius.
Jadi, kalau berjalan pun sejuk.
Duduk rumah pun sejuk.
Baik aku datang lab buat kerja.
Lagi aku suka sebab tiada orang di makmal, kecuali ada beberapa pelajar yang datang layan internet dan tumpang pemanas universiti ^^

Apa yang aku perasan, sampel aku cepat menghablur.
Gambar: larutan PVA (kiri) dan CTAB (kanan) dalam suhu bilik
Kedua-dua larutan ini aku guna untuk buat saput tipis pada gelas.
Suhu bilik 16C.
Jadi, setiap kali guna kena panaskan.
Kalau musim panas tak perlu panaskan.

Cabaran ujikaji di negara empat musim ini ialah suhu bilik yang tak stabil.
Di Hokkaido ini suhu luar boleh dari -10 hingga 35C.
Kena ada pengatur suhu untuk kekalkan suhu pada tahap tertentu.
Bersyukur suhu Malaysia stabil.

PVA kiri, CTAB kanan




Ahad, 11 November 2018

Kafe Kucing 猫カフェ (neko kafe)

Kafe Kucing 猫カフェ (neko kafe) 🐈 ☕️
Minggu lalu aku ke sebuah kafe kucing di kawasan Tanukikoji, Sapporo.
Lama dah tak ramas2 kucing, rasa rindu pula nak tonyoh2 hidung diaekor 🤣.
Di Sapporo susah nak nampak kucing berkeliaran, anjing lagilah mmg tak pernah jumpa yang bersiar-siar seekor diri.

Di Sapporo ada beberapa kafe kucing.
Konsep kafe kucing ini, kita boleh berinteraksi dengan kucing dalam jangka masa yang kita mahu.
Ada bayaran untuk slot masa yang kita mahu (lihat foto)
Boleh juga lepak-lepak sambil minum-minum tengok kucing melepak.

Kafe kucing yang aku pergi ini namanya Love Neko.
Kot kalau nak merasa pengalaman masuk Neko Kafe bila berlibur di Sapporo. 👉🏽
Alamat : 南2条西5丁目26-17第一北野家ビル5F
[Minami 2, Nishi 5, 26-17 Daiichi Kitanoka Building 5F]
https://www.loveneko.jp/#spnavi

Sebelum masuk kena steril dulu tangan untuk elakkan kuman.
Aku ambil pakej minum tanpa had (JPY300), jadi sambil minum2, tengok kucing, layari internet.
Beberapa pasangan Jepun kelihatan ber”dating” sambil belai2 kucing.

Ada satu lagi konsep Kafe Kucing di Jepun yang berlainan di mana gadis2 memakai kostum kucing dan melayan pelanggan.
Haish 🙈 yg tu aku tak mau bagitau di mana 🤣.
hehe
ruang minum, snek


suasana tenang

diciptakan untuk tidur



aku swafoto diri sendiri


suasana dalam

poster di depan bangunan
aras 5

depan premis
peraturan dan kadar bayaran
sedap tidur atas pad suam

geram!

#HidupDiSapporo #kadrimy

Sabtu, 3 November 2018

Hadir Seminar Hidup Sihat

Hari ini sepatutnya aku ada kelas bahasa Jepun dengan MADO.
Tetapi hari ini mereka cuti.
Kebetulan ada seminar Hidup Sihat di Sapporo International Communication Plaza, depan Sapporo Clock Tower.

Aku pun daftar untuk ikut serta.
Boleh juga tambah kemahiran berbahasa aku.
Adalah peserta dalam 30 orang pelbagai warganegara.
Lagipun, memang hadkan 30 orang untuk fokus.
Penjelasan dalam dwibahasa, Jepun dan Inggeris.
Jadi, aku bandingkan kefahaman dalam kedua-dua bahasa ini.

Seminar selama 2 jam 30 minit ini terbahagi kepada
1- Diet sihat dan info pemeriksaan kesihatan oleh jururawat dari Nishi-ku, Sapporo
2- Senaman ringkas dan perkhidmatan oleh instruktor Chuo-ku, Sapporo
3- Berjalan di Sungai Sosei dengan iringan ahli Sapporo Walking Association (SWA)

Banyak info yang aku dapat.
Antaranya
1- Purata jangka hayat rakyat Jepun ialah 80.98 tahun bagi lelaki dan 87.14 bagi perempuan.
2- Purata umur sihat rakyat Jepun ialah 72.14 tahun bagi lelaki dan 74.49 bagi perempuan.
3- Sungai Sosei sepanjang 14km adalah sungai buatan yang membelah Sapporo barat dan timur.
4- Ada satu kumpulan sukarelawan Hokkaido Multinational Support Community yang dapat membantu veteran warganegara asing di Hokkaido terutamanya dalam hal kesihatan.

Apa maksud umur sihat?
Contohnya, bagi lelaki Jepun, mereka akan hidup sihat sehingga 72.14 tahun.
Beza antara jangka hayat dengan umur sihat ialah jangka  masa di mana mereka akan berada dalam keadaan tidak sihat sakit 8.84 tahun (80.98 - 72.14 = 8.84 tahun). 
Definisi tidak sihat ialah mereka tidak mampu hidup berdikari, sama ada sakit atau tidak dapat menikmati kehidupan biasa sendirian.

Apa yang aku nampak di Jepun ni, mereka slim sebab banyak berjalan.
Untuk sesi akhir, kami di ajar cara yang betul untuk berjalan.
Disarankan 10,000 langkah sehari ~ 8km untuk kehidupan yang sihat.

Pakcik yang jadi instruktor aku umur dia dah 74 tahun.
Katanya, dia berjalan pukul 5 pagi dalam sejam lebih.
Tidur pukul 8 malam.

Kesimpulannya, aku seronok dapat berkomunikasi dengan sukarelawan Jepun ini.
Kebanyakkannya dah bersara dan suka layan orang asing ^_^
Semoga aku juga istiqomah, terus banyakkan berjalan.


Ahli Sapporo Walking Association, veteran belaka.
Peserta dipecahkan kepada kumpulan kecil diketuai seorang ahli SWA
Pakcik ni kata hobi dia kutip sampah yang ditinggalkan. Waktu berjalan dia akan kutip sampah.
 
Jam matahari di Sungai Sosei, untuk rujukan nak buat di UPSI.

#HidupDiSapporo

Sabtu, 27 Oktober 2018

tukar url blog

Hari ini aku tukar url blog ke kadrimy.blogspot.com
Sejarah nama blog mula-mula kadoridesuyo.blogspot.com
Sebab semangat mula belajar kat Jepun 2007.
Tu yang ada desu yo, yang bermaksud lebih kurang "kadri lah weh!"
Nama jepun aku kadori.

Kemudian dalam tahun 2012 kot, ingat nak rajin berblog.
Nak ada identity sendiri dan senang url, ambiklah domain berbayar kadri.my atas platform wordpress.
Pendek je.
Setahun rasanya RM100 lebih.
Berbanding dot com yang lebih murah, tapi macam tak best pula kadri.com takde ciri malaysia kat situ.
Lepas dah bertahun pakai, rasanya macam payah pula aku nak urus.
Sekali urus pening nak tekan butang-butang dan asyik lupa saja password.

Tahun ini, pindah semula ke kadoridesuyo.
Lagipun, google pun dah stabil.
Beberapa hari lepas fikir nak seragamkan kata kunci sama dengan email-email aku.
Jadi, jadilah kadrimy.blogspot.com
Kenapa ada "my"?
Itu kan kod untuk malaysia.
Rasanya aku mula dengan akaun yahoo guna kadrimy.
Sekarang gmail pun kadrimy.
Jadi senanglah nak seragamkan.
Masa depan kita tak tahu.
Begitulah, pemikiran berubah-ubah.
Hehe...

Jumaat, 19 Oktober 2018

Bengkel SciFinder

Tadi aku sertai bengkel SciFinder. (https://scifinder.cas.org)
Sesuai untuk penyelidik yang berkaitan bidang kimia.
Tapi, apa salahnya belajar walau kita bidang lain.
Kita tak tahu mungkin ilmu ini berguna dari segi lain.
SciFinder in ialah satu pangkalan data kimia oleh American Chemical Society.
Bukan sahaja boleh cari jurnal dan patent, malah struktur kimia, tindak balas dan sintesis bahan kimia itu sendiri.
Ini termasuklah senarai syarikat yang membekalkan bahan kimia tersebut.
Yang paling menarik bagi aku ialah kita boleh lukis struktur kimia dengan mudah menggunakan editor nya.
Kemudian, kita boleh buat carian dalam pangkalan data berkaitan struktur kimia yang kita lukis itu.
Main lukis saja.


MALANGNYA, SciFinder boleh diakses jika ada langganan institusi.
Kalau tak melanggan, memang tiada gunanya.
Kena lah mengemis pada rakan-rakan yang ada akses.
Huhuhu..

Ahad, 14 Oktober 2018

Golden Market Sapporo - Pasar Karat


Golden Market Sapporo ialah acara Pasar Karat terbesar di Sapporo.
Penunjuk arah ke Golden Market, Tsudome.

Ia diadakan pada pertengah bulan April  dan Oktober.
Hari ini aku pergi versi Oktober.
Kalau April, depa jual barang-barang musim bunga dan panas.
Kalau Oktober, depa jual barang-barang musim luruh dan sejuk.
Kalau sesiapa yang kebetulan datang Sapporo, bolehlah pergi mengalami suasana Golden Market ini.
Biasanya, diadakan di Tsudome, iaitu stadium tertutup ~10 minit jalan dari Stesyen bawah tanah Sakaemachi (Laluan Tohou - Biru).
Ada caj masuk, macam hari ini JPY550/orang.
Beratur untuk masuk Tsudome.
Nampak macam bersepah, tapi sebenanrnya mereka beratur dalam garis melengkung. S
iapa datang lewat kena pergi ke ekor barisan untuk beratur.
Macam-macam barangan terpakai, dan ada juga barangan baru yang belum digunakan dijual.
Kebanyakkannya pakaian.
Ada juga acara sampingan seperti persembahan nyanyian, jualan makanan, tinju dan macam-macam lagi, umpama pesta.

Macam-macam ada!

Biasanya diadakan dua hari, Sabtu dan Ahad.
Mulai tengah hari, harga barangan mula dijual pada harga murah luar biasa.
Bagi percuma pun ada sebab peniaga tak mahu dah simpan barangan mereka.
Benda yang sempat aku cekau.
Kalau ikutkan, memang boleh seharian aku di sini.
Tapi sebab ada tugasan kena hantar esok, aku cepat-cepat balik.
Gambar atas ialah benda yang aku cekau.
1- Pembalut kotak tisu Disney Marry the cat baharu tau, JPY1,000 (~RM36).
2- Beg sandang baharu JPY1,000. Rekabentuk dia menarik, tu yang tertarik beli.
3- Bagasi terpakai JPY1,000 juga harga dia, mantap!
4- Mainan set kereta dengan trek terpakai JPY2,000 (~RM72).

#HidupDiSapporo



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...