Golden Market Sapporo ialah acara Pasar Karat terbesar di Sapporo.
Penunjuk arah ke Golden Market, Tsudome. |
Ia diadakan pada pertengah bulan April dan Oktober.
Hari ini aku pergi versi Oktober.
Kalau April, depa jual barang-barang musim bunga dan panas.
Kalau Oktober, depa jual barang-barang musim luruh dan sejuk.
Kalau sesiapa yang kebetulan datang Sapporo, bolehlah pergi mengalami suasana Golden Market ini.
Biasanya, diadakan di Tsudome, iaitu stadium tertutup ~10 minit jalan dari Stesyen bawah tanah Sakaemachi (Laluan Tohou - Biru).
Ada caj masuk, macam hari ini JPY550/orang.
Beratur untuk masuk Tsudome. Nampak macam bersepah, tapi sebenanrnya mereka beratur dalam garis melengkung. S iapa datang lewat kena pergi ke ekor barisan untuk beratur. |
Kebanyakkannya pakaian.
Ada juga acara sampingan seperti persembahan nyanyian, jualan makanan, tinju dan macam-macam lagi, umpama pesta.
Macam-macam ada! |
Biasanya diadakan dua hari, Sabtu dan Ahad.
Mulai tengah hari, harga barangan mula dijual pada harga murah luar biasa.
Bagi percuma pun ada sebab peniaga tak mahu dah simpan barangan mereka.
Benda yang sempat aku cekau. |
Tapi sebab ada tugasan kena hantar esok, aku cepat-cepat balik.
Gambar atas ialah benda yang aku cekau.
1- Pembalut kotak tisu Disney Marry the cat baharu tau, JPY1,000 (~RM36).
2- Beg sandang baharu JPY1,000. Rekabentuk dia menarik, tu yang tertarik beli.
3- Bagasi terpakai JPY1,000 juga harga dia, mantap!
4- Mainan set kereta dengan trek terpakai JPY2,000 (~RM72).
#HidupDiSapporo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan