Sabtu, 15 September 2018

Doktor Umum

Alhamdulillah, habis juga aku baca buku Doktor Umum tulisan atok Tun M.
Tebalnya dalam 950 halaman!
Aku beli di MPH masa balik Malaysia bercuti Hari Raya Haji bulan 8, 2018 tempoh hari dalam RM50 rasanya.
Mulanya dalam hati " satu lagi buku yang aku sekadar beli dan tak habis baca".
Tapi bila mula baca aku tak berhenti untuk habiskan.
Macam marathon.
Disebabkan gempa bumi Hokkaido 6 September lepas, aku habiskan masa menunggu elektrik dan cuti universiti tutup dengan baca sebanyak-banyaknya buku ini.
Akhirnya habis juga sebulan lepas membelinya.
Banyak tulis Tun menyentuh budaya kerja Jepun.
Jadi, aku boleh kaitkan dengan pemulihan pantas sesudah gempa yang berlaku.
Semua orang bertungkus lumus berkerja.
Contohnya, pekerja pembekal tenaga elektrik berusaha 24 jam memulihkan bekalan elektrik yang terputus akibat kerosakan di loji janakuasa nuklear.



Dalam masa 4 hari semua kawasan di Hokkaido terima kembali bekalan elektrik.
Tetapi, semua berkerjasama dengan mengamalkan penjimatan tenaga.
Premis perniagaan dibuka sehingga 6 petang.
Di Universiti Hokkaido sendiri, makmal-makmal yang memerlukan elektrik yang tinggi dihentikan.
Ini kerana loji memerlukan lebih seminggu untuk pulih sepenuhnya.
Mereka saling sokong menyokong sesama sendiri.

Buku atok ni benar-benar memberi satu inspirasi baru untuk aku.
Selama ini aku selalu berfikir kenapa aku buat penyelidikan.
Untuk apa?
Sedangkan aku sendiri tak mampu jana pendapatan.
Setelah aku baca, apa yang aku dapati, apa yang aku buat sebenarnya meningkatkan kemahiran untuk teknologi maju.
Bayangkan aku lebih berani kendalikan alat-alat yang mahal dan canggih.
Ini yang Tun mahukan.
Rakyat Malaysia yang tak takut pada teknologi.
Boleh kendalikan teknologi, lalu menghasilkan teknologi baru.
Ilmu itu macam sumber galian.
Perlu dijana untuk kesejahteraan rakyat.
Pandangan aku berbeza selepas membaca buku Tun.

Sekarang, aku rasa membaca buku adalah amalan terbaik untuk memperoleh ilmu.
Itu sebab rakyat negara-negara maju suka membaca.
Tun selalu tulis pasal melakukan sesuatu berulang-ulang hingga berjaya.
Selama ini kalau aku tak faham sesuatu, aku tinggalkan.
Tapi, kalau ikut Tun, kita kena ulang ulang sampai melekat kat kepala.
Memang betullah tu!

Setiap kerjaya menghasilkan individu yang mempunyai corak pemikiran berbeza.
Itu sebab cara Tun dan PM2 lain yang tidak berlatarbelakangkan sains amat berbeza.
Terima kasih Tun, kerana berjaya memberi semangat baharu untuk saya terus menyumbang ilmu dan kepakaran untuk negara.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...