Sabtu, 29 September 2018

“Tak rimas ke pakai tudung?

“Tak rimas ke pakai tudung?”
Sensei saya tanya.
Hari ini saya ada kelas perbualan Bahasa Jepun.
Perbualan ini adalah dalam Bahasa Jepun.
“Mereka sudah biasa. Lagipun, ada yang rasa lebih berkeyakinan kalau bertudung. Dah jadi macam baju. Cuba sensei tak pakai baju rasa macam mana?”
“Kan.. betul juga. Rasa malu la kan kalau tak pakai baju (sambil gelak2). Tapi saya tengok ramai juga wanita muslim tak pakai tudung.”
“Itu bergantung kepada individu, bagaimana hubungan nya dengan tuhan.”
 “Tapi macam mana nak nampak rambut? Tengok orang Jepun macam2 gaya.”
“Rambut ini ibarat mahkota. Bukan orang sebarang boleh tengok. Orang lelaki pun ada had bahagian yang tak boleh didedahkan.” Sambil saya tunjuk bahagian mana yg lelaki & perempuan kena lindungi.
“oo.. macam tu...menarik!”


Perbualan sambung lagi pasal solat, puasa dalam bahasa Jepun.
Berbelit jugalah saya nak cakap, maklumlah tahap amatur.
Terangguk-angguk memang sudah pasti, cara Jepun bercakap kan..
Lagipun memang kelas ni untuk berlatih bercakap.
Tapi isunya berat, banyak kosa kata saya tiada dalam kepala saya.
Begitulah, kalau kita di tempat asing.. menjadi duta agama dan negara untuk menyebarkan kefahaman kepada mereka.
Harap2 apa yang jelaskan betullah kot, ada idea lain tak wahai sahabat2 yang berhijab?
Sebab isu ni sering ditanya, dan saya mana pakai tudung. 


*MADO ialah organisasi sukarelawan untuk mengajar bahasa Jepun di Sapporo.
http://mado.jpn.org

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...