Setelah lama aku perhatikan, penulisan di FB tak kekal lama.
Ia bersifat ad-hoc.
Penulisan di blog lebih kekal dan menjadi rujukan sepanjang masa.
Bukan sahaja pada orang lain, malah untuk diri sendiri.
Sering kali juga orang bertanya tentang sesuatu, dan aku teringat yang aku pernah menulis tentangnya lalu aku kongsikan sahaja pautannya.
Kalau FB, aku kena tatal atau membuat carian untuk cari semula apa yang tulis, menyusahkan!
Dalam menjalani kehidupan sehari, banyak benda yang aku ingin kongsikan.
Berlegar-legar dalam kepala lalu jadi semak.
Jadi, aku rasa baik aku tuliskan dan kurangkan sesak otak aku. ^^
Aku juga mahu berlatih menulis dalam bahasa Melayu yang betul.
Sesuatu idea mesti boleh dinyatakan dalam BM.
Kosa kata BM kuat!
Aku kagum dengan bahasa Cina & bahasa Jepun malah Arab yang mengadaptasi perkataan-perkataan pinjaman dalam bahasa mereka.
Jadi kenapa tidak BM?
Aku pernah terbaca entri seorang profesor bahasa yang mengatakan, jika seseorang bercakap dalam bahasa rojak (BM + BI) menunjukkan dia bukan sahaja tidak mahir BM, malah BI juga tidak mahir.
Kebolehan membezakan penggunaan kedua-dua bahasa secara total menunjukkan kemahiran berfikir seseorang dan jati dirinya.
Aku amat bersetuju dengannya.
Bercakap atau menulis rojak tidak menunjukkan kepintarannya!
Jadi, aku akan terus menulis apa-apa saja.
Tak kisahlah popular ke tidak, sumbangan ilmu itu yang penting.
Semoga jihad kecil ini bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan