Aku perhatikan ramai yang dianggap berjaya, melalui cara yang tidak bermoral.
Aku kecilkan skop dalam dunia pendidikan yang aku ceburi.
Ada pensyarah yang begitu glamor di luar, tetapi mengendahkan tanggungjawab hakiki di dalam universiti.
Kuliah adalah satu beban bagi mereka, cincai.
Aku tak setuju kalau tugas mengajar dinamakan beban mengajar.
Lebih sesuai dinamakan amanah mengajar.
Dulu masa aku belajar, aku selalu terfikir kenapa penyarah yang komited mengajar tidak begitu gah pangkatnya.
Yang cincai2 mengajar bukan main lagi pangkat dan “terkenal”.
Aku ingat ada satu pensyarah ini yang berpenampilan “alim”, tapi selalu selalu mula kuliah lewat, dan habiskan awal pula.
Popular sehingga masuk tv.
Apa apa yang di ajar sambil lewa.
Aku tak skor subjek itu.
Manakala ada satu pensyarah yang bertaraf encik sahaja, tetapi begitu sistematik dan komited.
Subjeknya yang sukar dapat aku skor dengan baik.
Kini apabila aku sendiri menjadi pensyarah, aku mula fahami senario.
Kuliah bukan penyumbang kepada kenaikan pangkat.
Sering aku tanya pelajar yang memasuki kuliah pensyarah gila pangkat/pujian ini, kuliahnya sering dibatalkan.
Atau pun hanya beri tugasan sebagai ganti ketiadaannya.
Tugasan dihantar pula tidak pulangkan pula.
Pelajar tidak tahu status tugasan mereka.
Bila sudah naik pangkat, dilantik menjadi penilai kurikulum.
Kuliah sendiri terabur dan abaikan, nak nasihatkan/nilaikan kurikulum.
Begitulah.
Bila difikirkan, rosak sudah sistem.
Apa aku boleh buat?
Sama-sama ikut laluan “kejayaan” mereka.
Abaikan pelajar?
Itu bukan aku.
Akhirnya, aku lupa.
Allah ada.
Aku rasa tenang.
Bukan tugas aku menghukum orang-orang sebegini.
Tiada kuasa dan upaya aku.
Jalankan amanah aku, supaya aku tak rasa bersalah.
Allah ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan