*if you own this infographic, inform me since I dont remember its original source.
Ahad, 5 Jun 2016
Penulisan Sorotan Kajian
Biasanya diletakkan dalam Bab 2 tesis ialah Sorotan Kajian / Literature Review.

*if you own this infographic, inform me since I dont remember its original source.
*if you own this infographic, inform me since I dont remember its original source.
Penulisan Cadangan Penyelidikan
Sabtu, 4 Jun 2016
Ketumpatan
Ketumpatan ditakrifkan sebagai nisbah jisim terhadap isipadu,
Ketumpatan = Jisim/Isipadu
Unit piawainya ialah kg/m^3
Sudu dan pinggan daripada bahan yang sama seperti tembaga mempunyai ketumpatan yang sama, namun jisim dan isipadu yang berbeza.
Ketumpatan air ialah 1000 kg/m^3.
Ini bermakna 1 meter padu air adalah seberat 1000 kg.
Cecair terberat ialah merkuri atau raksa iaitu sejenis logam yang terdapat dalam termometer dengan ketumpatan 13600 kg/m^3, 13.6 kali ganda lebih berat berbanding air bagi isipadu yang sama.
Ok, itu pengenalan ringkas mengenai ketumpatan.
Dalam sesi amali beberapa hari yang lalu saya memberi tugasan kepada pelajar saya bagi menentukan ketumpatan satu silinder logam.
Peralatan yang diberi adalah seperti berikut:

Bagaimana anda menentukan ketumpatan sebuah silinder logam menggunakan peralatan yang diberi?
Saya hanya membiarkan pelajar-pelajar saya ini berbincang dan mencari maklumat dari internet.
Setelah hampir 25 min, berikut merupakan penyelesaian mereka.
Saya hairan kenapa begitu rumit pemikiran pelajar-pelajar ini.
Isipadu silinder boleh dihitung dengan formula silinder melalui ukuran tinggi dan jejari menggunakan pembaris sahaja.
Atau dengan menggunakan bikar kaca, baca sahaja nilai aras air tersesar setelah silinder ditenggelamkan sepenuhnya. Namun cara ini perlukan penukaran unit mililiter kepada meter padu.
Pelajar ini berada pada semester 6 dan akan menjalani latihan mengajar semester akan datang.
Sains susah?! Disusahkan?

Ada budak ikut bapa dia masuk lab akibat cuti sekolah

- Penimbang jisim
- Pembaris
- Bikar
- Air paip
- Bikar eureka
- Bikar kaca
- Penderia daya
- Neraca spring
- Kaki retort
Bagaimana anda menentukan ketumpatan sebuah silinder logam menggunakan peralatan yang diberi?
Saya hanya membiarkan pelajar-pelajar saya ini berbincang dan mencari maklumat dari internet.
Setelah hampir 25 min, berikut merupakan penyelesaian mereka.
- Timbang jisim silinder dengan penimbang, direkod sebagai m0.
- Isi bikar eureka dengan air penuh, letakkan silinder dalam bikar, dan timbang jisim air tersesar keluar direkod sebagai m1.
- Kemudian, dapatkan isipadu air tersebut dengan rumus ketumpatan dengan mengambil nilai ketumpatan air 1000 kg/m^3 direkod sebagai V iaitu sama dengan isipadu silinder.
- Akhirnya, ketumpatan silinder diperoleh daripada rumus m0/V.
Saya hairan kenapa begitu rumit pemikiran pelajar-pelajar ini.
Isipadu silinder boleh dihitung dengan formula silinder melalui ukuran tinggi dan jejari menggunakan pembaris sahaja.
Atau dengan menggunakan bikar kaca, baca sahaja nilai aras air tersesar setelah silinder ditenggelamkan sepenuhnya. Namun cara ini perlukan penukaran unit mililiter kepada meter padu.
Pelajar ini berada pada semester 6 dan akan menjalani latihan mengajar semester akan datang.
Sains susah?! Disusahkan?
Ada budak ikut bapa dia masuk lab akibat cuti sekolah
Rabu, 18 Mei 2016
Kad Hari Lahir 3D
Semalam hari jadi Ummi 16 Mei.
Saya ajak anak-anak buat kad hari lahir untuk Ummi.Si kakak tukang potong kad.
Si abang tukang warna.
Si kecik tukang lekat.
Alhamdulillah menjadi.
Yang penting mereka semua bekerjasama dan seronok.
Semua guna barangan terpakai.
Kad pun ambil dari pelapik baju yang baru beli.

Isnin, 16 Mei 2016
Autism: Kenali Anak Anda
Semalam saya terserempak sahabat lama di sebuah restoran.
Kami berbual banyak perkara, maklumlah sudah lebih 10 tahun tidak ketemu.
Sampai perkara ke bahagian anak-anak, alhamdulillah masing-masing sudah beranak 3.
Anaknya ke-2 telah disahkan autism.
Dia tunjukkan kad OKUnya.
Ada ibubapa tidak selesa untuk secara terbuka menceritakan anak autism.
Syabas buat sahabat saya ini.
Saya pun tidak begitu tahu apa autism, cuba melalui pembacaan autism ini merupakan sindrom mental yang memberi kesan kepada komunikasi, dan menunjukkan tingkahlaku berulang.
Autism ini ada peringkat, yang ringan sehingga yang teruk.
Autism tidak boleh dirawat, cuma boleh dididik agar apat menguruskan diri.
Terdapat si autism yang menunjukkan bakat luar biasa dalam sesuatu bidang seperti lukisan, matematik dan hafazan.

Langgan:
Catatan (Atom)