Ahad, 15 Mac 2020

Google Certified Educator L1

Saya menduduki Ujian Google Certified Educator L1 pada 1 Mac 2020.
Alhamdulillah Lulus.
Bayarannya USD10 (~RM45).

Kenapa ambil ujian GCEL1?
UPSI menyediakan akaun google bagi staf dan pelajarnya menggunakan Google for Education.
Saya mengambil peluang ini untuk memanfaatkan Google Classroom GC dalam mengendalikan kuliah saya.
Saya dapati ia amat mudah digunakan.
Banyak perkhidmatan Google seperti Calendar, Form, Sheet dan Keep memudahkan urusan saya.
Jadi, saya ingin mengukur kompetensi saya dengan ujian GCEL1.
Setelah mengikuti latihan percuma melalui https://teachercenter.withgoogle.com, dan merujuk pengalaman GCE yang lain, saya daftar untuk ujian.

Apakah format ujian?
Ujian dijalankan dalam 3jam.
Selepas daftar, kita kena duduk ujian dalam masa 3 hari.
Pilih masa yang kita lapang, tetapi bila kita mula, kita kena habiskan dalam masa 3 jam.
Jadi, pastikan dalam masa ujian, internet kita stabil dan tiada gangguan.

1- Ujian dilakukan dalam mode incognito di Google Chrome.
2- Log in ujian menggunakan akaun yang dibekalkan.
3. Webcam sentiasa aktif, kerana sistem akan snap gambar secara rawak semasa ujian untuk memastikan tiada penipuan seperti orang lain yang menjawab.

Ada soalan objektif dan soalan tugasan.
Soalan tugasan memerlukan kita menyelesaikan tugasan-tugasan seperti membuat Google Site, menetapkan temujanji dengan Google Calendar dan menetapkan Task dalam GMail.

Saya mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah untuk selesai menjawab, dan selebihnya untuk menyemak jawapan.

Untuk yang berminat mengambil GCEL1 ini, saya sarankan
1- Guna dua monitor/skrin. Satu skrin untuk paparan soalan, dan satu skrin untuk mencari jawapan. Kadang-kadang kita lupa langkah untuk tetapkan event dalam Calendar, jadi boleh rujuk site. Ujian ini jenis open book, mengukur kemahiran digital kita.
2- Pastikan tiada gangguan sewaktu ujian.
3- Baca soalan dengan teliti, kerana ada trick dalam soalan/tugasan yang diberi.

Setelah tamat ujian, keputusan diperolehi lebih kurang 5 minit.

Ujiannya susah?
Bagi saya agak mudah, tetapi mencabar.
Saya sudah menggunakan GMail, GCalendar, GForm, GDoc, GSheet dan lain-lain dalam tugasan harian saya.
Jadi, saya tidak kekok untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

Sekarang, saya layak menggunakan ikon berikut ^_^
Langkah berikutnya, mengambil GCE Level 2.

*lama tak kemaskini blog ^_^;


Jumaat, 18 Oktober 2019

Kesahan Modul

Mahasiswa: Dr boleh sahkan instrumen saya tak?
Saya: ðŸ‘€ [jeling jer...]
APA ITU KESAHAN INSTRUMEN?
Setiap tahun pasti datang musim mahasiswa terutamanya yang membuat kajian sains sosial seperti bidang pendidikan mencari pakar untuk mengesahkan instrumen kajian penyelidikan tahun akhir mereka. Atau mungkin peringkat pascasiswazah.
Instrumen yang dimaksudkan adalah seperti soalan temubual, borang soal selidik, modul, ujian diagnostik dan sebagainya untuk mengukur sesuatu yang ingin dikaji.
Tapi tahukah anda apa tujuan mendapatkan kesahan bagi instrumen anda?
Bukan sebab penyelia suruh.
Bukan sebab kena bantai dgn penilai masa pembentangan.
Bukan sebab senior buat, ikut saja.
Bukan sebab proses nampak gempak.
Sebelum kita nak ukur sesuatu contoh minat membaca, kita kena ada alat pengukur.
Nak ukur berat pakai penimbang.
Nak ukur tinggi pakai pembaris.
Tetapi dalam sains sosial, alat pengukur ini adalah instrumen yang saya nyatakan awal2 tadi.
Untuk pastikan instrumen anda ini mengukur apa yang ingin betul2 diukur, maka proses kesahan diperlukan.
Kita tak mahu penimbang digunakan untuk ukur panjang, pembaris guna ukur berat.
Jadi macam mana nak pastikan instrumen kita sah?
Salah satu caranya ialah dengan penentukuran oleh beberapa pakar. 
Beberapa ya, bukan seorang sahaja.
Kita mahu mereka bersetuju bahawa "ya! instrumen ini memang betul2 boleh mengukur kuantiti yang ingin diukur".
Kalau dalam bidang sains dan teknologi, penentukuran ini ialah proses pengukuran sesuatu berulang2 dengan objek rujukan.
Contohnya, pembaris disahkan dengan mengukur beberapa objek yang sama dimensinya supaya pembaris itu betul2 beri nilai yang betul. 
Begitu juga dengan instrumen, mesti disahkan oleh beberapa pakar bidang yang diukur.
Jangan pula instrumen bidang jawi ko tanya pakar bidang mandarin.
Main sebat ja mmg tak sah lah..
Contoh:
Kuantiti yang nak diukur: kebolehan membaca jawi
Instrumen: Ujian Bacaan Jawi
Jadi katakan anda bina sendiri instrumen itu, anda pun katakanlah buat 10 soalan yang berbeza tahap kesukaran.
Kemudian anda kategorikan markah
9~10 hebat
6~8 mantap
4-5 memuaskan
kurang 3 teruk
Bila dah siap soalan, baru anda bagi kepada beberapa pakar.
Dari 10 soalan berapa yang pakar A setuju, pakar B setuju.
Persetujuan mereka boleh dinyatakan dalam skala Likert, katakan skor 1 untuk sangat tak setuju & skor 5 untuk sangat setuju.
Setuju tentang apa?
Tentang soalan/item yang dibuat itu boleh digunakan utk ukur kebolehan membaca jawi.
Kira pekali kesahan Ujian Bacaan Jawi, boleh guna Cohen Kappa (cari sendiri)
Kalau pekali tinggi >0.7 kita boleh kata instrumen kita sah.
Kalau kureng, boleh perbaiki instrumen.
Kita kena bagitahu pakar apa tujuan instrumen kita.
Instrumen kita nak ukur apa, kalau tak memang kena bambu la dengan pakar.
Buat instrumen tapi tak tahu tujuan nak ukur apa, camno? Haish!
Sebelum bagi pakar periksa instrumen anda, pastikan instrumen anda telah
- bebas kesalahan ejaan
- bebas kesalahan tatabahasa
- bebas kecacatan format
- telah dibincangkan dengan penyelia
- proses membina instrumen telah melalui kajian terperinci, setiap soalan/item yang dibina mesti ada sebab ia wujud
Entri ini hanya sebagai panduan ringan supaya adik2 mahasiswa tidak terkapai dan asyik kena marah je dengan pensyarah kan..hehe
Mohon pakar-pakar yang baca entri ini jangan kecam saya pula, saya pun dalam proses pembelajaran.. mohon kalau ada ralat dimaklumkan.
Tak faham lagi? Pergi tanya penyelia anda, xkan makan gaji buta kot ðŸ™Š
Tapikan, nak senang kan, guna sahaja instrumen yang org lain dah buat.
Boleh skip dah proses kesahan.
Selamat kau dik..
Semoga bermanfaat

Sabtu, 13 Julai 2019

SENARAI LAMAN SUMBER RUJUKAN AKADEMIK

Aku terima info berikut dari MedSoc. 
Tak tahu siapa penulis asal.
Semoga penulis asal mendapat pahala dan rahmat berganda.

*****************

*SENARAI LAMAN SUMBER RUJUKAN UNTUK THESIS/ASSIGNMENT*

1. e-REP UKM (UKM Institutional Respiratory)
https://smk.ukm.my/erep/cari.cfm 

2. UKM journal artikel
http://journalarticle.ukm.my/view/divisions/

3. E-journal UM
https://ejournal.um.edu.my/

4. IIUM journal publication
http://journals.iium.edu.my/v2/

5. UiTM journal
https://irmi.uitm.edu.my/index.php/2014-10-16-01-58-31/uitm-journal

6. UPM journal
http://www.pertanika.upm.edu.my/

7. UTM Journal
http://penerbit.utm.my/list-of-journal/

8. Journal of UniSZA
https://journal.unisza.edu.my/

9. UUM e-journal
http://e-journal.uum.edu.my/

10. UMS e-Journal
http://www.ums.edu.my/library/en/collection/e-resources/e-journal

11. UTP e-Journal
https://ulibrary.utp.edu.my/index.php/2013-05-10-07-29-29/e-resources/subscribed-databases/list-for-e-journal

12. UMP e-Journal
http://umplibrary.ump.edu.my/index.php/en/e-resources/ezproxy/e-journal

13. UniKL E-Journal
https://www.unikl.edu.my/newsroom/e-publications/

14. UNIMAS e-Journal
http://www.cais.unimas.my/what-we-offer/electronic-resources/e-journals

15. UNISEL e-Journal
http://ojs.journals.unisel.edu.my/

16. UPSI e-journal
https://ejournal.upsi.edu.my/home

17. IPG e-Journal
http://elib.ipg.edu.my/index.php/14-sumber-digital/8-jdt

18. UMT e-journal
http://jssm.umt.edu.my/

19. UMK e-Journal
http://fkp.umk.edu.my/jeb/

20. USIM e-journal
https://www.usim.edu.my/usim-journals/

21. USM e-journal
https://www.usm.my/index.php/en/research/journals-publication

22. UniMAP e-Journal
https://www.unimap.edu.my/index.php/my/unimap-penyelidikan/unimap-jurnal-penerbitan

23. KUIS e-Journal
http://inhad.kuis.edu.my/jurnal/
http://journal.kuis.edu.my/jsass/
http://journal.kuis.edu.my/fpm/
http://journal.kuis.edu.my/jurnal-al-irsyad/#

24. UNITAR e-Journal
http://www.myjurnal.my/public/browse-journal-view.php?id=293

25. UTHM e-Journal
http://penerbit.uthm.edu.my/ojs/

26. UNITEN e-Journal
http://www.uniten.edu.my/ijbm/Pages/BrowseJournal.aspx

27. MyJurnal
http://www.myjurnal.my/public/browse-journal-view.php?id=532

28. Google Scholar
https://scholar.google.com/ 

29. Jstor
https://www.jstor.org/ 

30. Scopus
https://www.scopus.com/home.uri

31. Mendeley (apps)
https://www.mendeley.com/download-desktop/

32. GEMILANG UKM
http://gemilang.ukm.my/

33. ORCID
https://orcid.org/ 

34. Academia edu
https://www.academia.edu/

35. B-ok
http://links.giveawayoftheday.com/b-ok.org/

36. HADITH
http://hdith.com/

37. ISLAMIYYAT (The International Journal of Islamic Studies)
http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/search/ 

38. WAQFEYA (Arabic books)
http://waqfeya.com/""

39. Maktabah Shamela
http://shamela.ws/

40. Archive
https://archive.org/

41. Alquran (islamawaken)
https://www.islamawakened.com/

42. Alquran (quranic corpus)
http://corpus.quran.com/

*tamat******

Jumaat, 12 Julai 2019

Hantar Parcel Jepun Ke Malaysia

Dah lama nak tulis, tapi asyik tangguh-tangguh.
Tulis untuk ingatan diri sendiri dan panduan untuk yang memerlukan.
Bulan Mac 2019 aku tamat kerja di Hokkaido.
Jadi, banyak barang-barang nak hantar balik.
Kumpul-kumpul, buang-buang tambah cenderahati semua sekali dapat la tiga kotak.

Kotak pertama dihantar.
Ada beberapa cara nak hantar parcel yang besar (>2 kg) ikut berat, bajet dan keperluan.
Boleh cek dulu kat sini --> https://www.post.japanpost.jp/cgi-charge/index.php?lang=_en
Untuk parcel aku yang lebih kurang 20 kg dan besar macam kat atas ni ada tiga cara:
1) Air (udara) : Kurang seminggu
2) SAL (gabungan udara dan darat): 2~3 minggu
3) Ship (laut): ~2 bulan

Kaedah 1 lebih mahal dari 2, dan 2 lagi mahal dari 3.
Dua parcel, hari yang sama, kaedah berbeza.
Contohnya aku hantar parcel A dan B pada hari yang sama iaitu 26 Mac.

Parcel A
-17 kg
-JPY11,200
-terima 9 April (2 minggu)

Parcel B
-22 kg
-JPY9,200
-terima 13 Mei (1 bulan 2 minggu)

Jadi pertimbangkanlah kepentingan parcel yang nak dihantar itu.

Bila hantar parcel

  1. Pastikan ukuran kotak menepati peraturan.
  2. Senaraikan isi kandungan dalam borang yang diberi. Boleh taip siap2. Parcel pertama aku orang pos cek suruh buka parcel.
  3. Jadi sebaik-baiknya, jangan tutup dulu parcel. Bila selesai dokumentasi di pos, baru tutup. Yang bagusnya pos mereka ni lengkap segala macam tape, pen alat tulis untuk urusan parcel. Siap troli untuk pinjam angkat dari parkir ke kaunter.
  4. Pastikan tiada barang larangan di hantar contohnya minyak wangi. 
  5. Aku ada hantar printer inkjet, rupa-rupanya printer laser tak boleh hantar. Jadi cek betul-betul barang larangan. Nanti sia-sia beli tak boleh hantar balik.
  6. Isytiharkan betul-betul. Kalau barang ->RM300 biasanya kena duti kastam. Aku cerita sat gi.


Parcel A aku selamat sampai ke Pos Laju Tg Malim.
Lunyai2 habis teruk.
Orang Pos Laju telefon mintak ambil sendiri di Pos Laju sebab takut ada barang tercicir kalau hantar ke rumah.


Surat Cinta

Parcel B aku sangkut di Hub Pos Laju KLIA.
Dapat surat cinta dari Pos Laju untuk tuntut sama ada sendiri atau Pos Laju uruskan dengan bayaran RM45 kot, tak ingat sudah. Itu pasal kalau dapat apa-apa tulis terus blog untuk rujukan sendiri..haish..
Aku pilih tuntut sendiri.
Masuk kawasan Pos Laju itu berpalang, kena lapor diri di Pos Kawalan.
Kemudian tunjukkan surat cinta di Kaunter 1
Tunggu kejap, parcel dikeluarkan
Bawa ke Kaunter 2 untuk penilaian Kastam
Buka parcel depan pegawai Kastam
Parcel aku sangkut sebab ada printer isytihar harga RM400.
Printer sendiri guna harga asal ~ RM500.
Silap aku patut aku tulis personal use printer.
Jadi, dalam borang isytihar pos tu nampak macam aku beli baru dan untuk dijual.
Lepas jelaskan yang semua barang-barang dalam parcel untuk kegunaan sendiri selepas bekerja di Jepun, Kastam lepaskan tanpa duti.
Tapi aku siap-siapkan dokumen passport, kontrak dan sebagainya kot-kot depa nak bukti.
Kemudian ke Kaunter 3 Pos Laju untuk dapatkan cap pengesahan tanpa bayaran.
Pergi semula Kaunter 2 untuk pengesahan lepas kastam, dah boleh bawa keluar parcel.
Tak pasal-pasal cuti dan buang minyak ke sana.


Jemput kotak di Pos Laju KLIA
Selain itu pengalaman aku hantar barang guna EMS sampai 3 hari saja.
Tapi harga mahallah.
Aku hantar sekotak kaca untuk eksperimen lebih kurang 200g.
Kena ~JPY1,400 (tak ingat!..huh..tula la lain kali tulis)
EMS ni ada tracking number dan biasanya sesuai untuk barang-barang kecil dan urgent.
Ala-ala pos laju.

Kalau hantar barang lagi banyak contohnya barang-barang rumah, boleh pakai kontena.
Dulu masa balik PhD aku share dengan famili kawan dan dua budak bujang yang tamat belajar.
Caj dalam JPY350,000 satu kontena 20 kaki dengan sebiji kereta dari Sapporo ke Pelabuhan Klang.
Kemudian, kena caj lagi utk release kontena.
Itu aku tak tahu sbb member aku yang uruskan.. tambah ~RM300 untuk sewa lori hantar barang ke rumah.




Isnin, 10 Jun 2019

eCCRIS

Hari ini ambil cuti sebab sekolah pun masih bercuti pertengahan tahun.
Alang-alang uruskan pelbagai perkara termasuk daftar eCCRIS.

CCRIS itu apa?
CCRIS ialah Central Credit Reference Information System oleh Bank Negara Malaysia.
Laporan CCRIS membolehkan kita semak senarai fasiliti bank yang kita guna seperti pinjaman peribadi, pinjaman rumah, kad kredit dan sebagainya.
Kita boleh cek status pembayaran 12 bulan ke belakang.
Bank akan tengok sejarah pembayaran kita melalui CCRIS utk tengok kelayakan kita.
Kalau rekod bersih, sukalah bank nak bagi fasiliti mereka.
eCCRIS pula portal online untuk kita akses sendiri laporan secara percuma.
Sebelum ini, kita kena ke BNM atau cawangan untuk cetak laporan ini.
Tapi sekarang boleh muat turun percuma dari eCCRIS.
Cuma, untuk langkah pertama, kena daftar dulu di BNM atau cawangan.
Aku pergi ke BNM KL, sebab ada urusan lain di Jalan Ipoh.
Parking RM1 je untuk 30 minit pertama.
Urusan mudah sahaja, daftar di Kiosk.


Tadi aku ada masalah sebab mesin tak dapat kesan MyKad aku.
Nasib baik bawa pemadam pensel.
Aku tonyoh2 pada cip MyKad.
Alhamdulillah boleh kesan.
Imbas cap jari, pilih daftar eCCRIS dan masukkan nombor telefon.
Terus dapat nombor pin ke telefon kita.
Aku pun terus lah masuk ke portal eCCRIS.
Login Kali Pertama.
Muat turun laporan dalam bentuk pdf.
Selesai.. 
Lepas ini bolehlah cek laporan kewangan dari semasa ke semasa.
Mana tahu ada orang gunakan nama kita buat pinjaman kan.. boleh lapor segera ke BNM.

Video ringkas tentang eCCRIS dari BNM-->


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...