Pernah dengar batuk kokol? Pertussis? Lagilah tak pernah dengar?
Whooping cough? Batuk bunyi "whoop" ke?
Percaya atau tidak, batuk kokol boleh menyebabkan kematian ke atas kanak-kanak jika tidak dirawat.
Perkara penting dalam diagnosis klinikal ialah serangan batuk teruk yang berterusan kemudian dijarakkan dengan tempoh masa TANPA BATUK LANGSUNG. KEBANYAKAN KES TIDAK DIDIAGNOSIS KERANA DOKTOR TIDAK MENDENGAR PESAKIT BATUK DAN PERCAYA IA TIDAK TERUK SEPERTI YANG DIBERITAHU OLEH PESAKIT. MENDENGAR MELALUI STETOSKOP JUGA MENUNJUKKAN PARU-PARU DALAM KEADAAN NORMAL (TETAPI SEBENARNYA TERSEMBUNYI BATUK KOKOL) : petikan alihbahasa dari http://www.whoopingcough.net/
Perkara yang sama berlaku pada Ummi. 2 minggu lalu Ummi mula menunjukkan simptom batuk dan selsema. Kemudian semakin melarat pada sekitar 1~4 Disember. Di waktu siang batuknya tidak kerap. Tetapi apabila malam, Ummi batuk berterusan sampai merengkok-rengkok. Ummi juga muntahkan apa yang dimakannya. Abi pun sering terjaga kerana Ummi batuk kuat. Kebetulan 4 Disember temujanji antenatal. Kami memberitahu masalah batuk ummi kepada doktor. Doktor periksa tekak dan mendengar pernafasan ummi dengan stetoskop. Memang masa pemeriksaan itu, Ummi tidak batuk. Hanya berdehem-dehem sikit. Doktor kata Ummi mungkin nausea dan batuk biasa. Melalui pembacaan Abi, memang perubahan hormon boleh menyebabkan nausea dan batuk bagi ibu mengandung. Doktor bagi ubat nausea dan batuk sahaja.
Bila balik makan ubat, Ummi memang sudah tidak muntah. Cuma batuk-batuk Ummi tidak surut. Ummi sakit perut dan belakang sebab batuk yang beterusan setiap malam. Abi pula susah nak tidur. Jadi 7 Dis, Abi ajak Ummi cuba pergi klinik Internal Medicine yang pernah Abi pergi dulu masa Abi kena alahan teruk sampai tak boleh bernafas. Seperti biasa, Ummi memang liat kalau nak jumpa doktor. Entah apa yang dia ngeri sangat dengan doktor tak tahulah.
Di klinik, memang Ummi tak batuk sangat. Doktor periksa tekak, pernafasan dan juga otot perut. Kemudian doktor cadangkan pemeriksaan darah sebab dia kata ada kemungkinan batuk kokol. Doktor bagi 5 ubat makan dan satu ubat pelekat. Banyak tu. Sebelum bagi preskripsi, doktor rujuk hospital antenatal Ummi untuk pastikan ubat tersebut selamat untuk ibu mengandung. Keputusan darah dapat tahu selepas seminggu.
Selepas seminggu, batuk Ummi berkurang. Semalam, kami pergi lagi klinik untuk pemeriksaan seterusnya. Keputusan ujian darah seperti berikut. Tada!!
Ada 2 ujian. Ujian alergi dan ujian batuk kokol. Ujian alergi negatif menunjukkan batuk dan selsema Ummi bukanlah disebabkan alergi. Ujian batuk kokol postif menunjukkan adanya bakteria dengan bacaan yang tinggi dalam darah Ummi. Memang sah Ummi kena batuk kokol. Jadi, Ummi diberikan ubat tambahan dengan dos berkurang untuk bekalan seminggu. Lepas seminggu tak elok, datang balik. Doktor kata, batuk ini tak akan sembuh terus. Dia ambil masa untuk reda. Mungkin 2 hingga 3 minggu baru hilang. Dalam bahasa Jepun, batuk ni dipanggil hyakunichizeki (百日咳). Menariknya, tulisan kanji tersebut bermakna (seratus-hari-batuk). Maksudnya memang batuk ini akan berlarutan lama sehingga 3 bulan!! Harap-harap Ummi bertahan. Ganbare Ummi! Dalam bahasa Inggeris, batuk kokol dipanggil whooping cough. Sebab apa "whooping"? Ini kerana antara setiap batuk, akan ada bunyi "whoop!" untuk ambil nafas sebelum batuk yang seterusnya. Dalam bahasa Melayu pula (mengikut http://prpm.dbp.gov.my/), kokol adalah kata kerja --> mengokol meringkuk atau membongkok spt orang sakit (kesejukan dll). terkokol-kokol dlm keadaan menggigil kerana sakit atau kesejukan. Abi ingat mungkin kalau kita sebut "kokol", mulut kita macam memuncung dan lidah sedikit terjulur sambil terbatuk. Macam itulah keadaan kalau batuk kokol ni. Jadi, mungkin perkataan "kokol" ini asalnya dari bentuk keadaan batuk tersebut. Pergh! Jadi pakar bahasa pula. Sekejap pakar perubatan, sekejap pakar bahasa. Serba boleh tu..hahaha.
Kemudian Abi terfikir, kalau bakteria ini berjangkit, dah tentu Iman dan Abi kena juga. Abi dah risau. Kesian pada Iman. Abi periksa buku diari kesihatan Iman. Rupa-rupanya Iman sudah kena suntikan imunisasi 3 serangkai (三種混合DPT) masa dia bayi dahulu. Suntikan ini merupakan suntikan imunisasi terhadap dipheteria, pertussis (batuk kokol) dan tetanus. Jadi, risiko terhadap Iman adalah minimum. Abi? Mungkin Abi akan kena atau tidak bergantung kepada ketahanan imunisasi Abi. Harap-harap taklah. InsyaAllah.
Jadi apakah tanda-tanda batuk kokol?
1) Mula-mula selsema, batuk dan demam ringan
2) 4, 5 hari kemudian mula batuk pada waktu-waktu tertentu.
3) Katakan batuk tu bermula pukul 5 petang, dia akan berterusan sehingga susah bernafas. Kalau budak-budak memang boleh pitam, atau muka jadi biru. Batuk berlendir sampai macam nak terkeluar anak tekak. Lebih teruk kalau tersertai muntah. Kemudian mungkin pukul 6 petang batuk berhenti. Keadaan jadi normal.
4) Esoknya batuk mula lagi. Dan bersambung hari-hari berikutnya.
5) Jadi, batuk ni macam ada waktu-waktu dia, bila mula memang tak berhenti-henti. Waktu lain yang tak batuk, keadaan normal macam orang sihat.
6) Bila jumpa doktor masa tak batuk, memang doktor tak boleh kesan.
Bacaan lanjut
1) kosmo
2) wikipedia melayu
3) info sihat dari sabah
4) whooping cough dot net
2 ulasan:
Terima kasih untuk info. Try to find whoop and kokol in easy way and found it nicely. Thank you so much
baby saya bru nk masuk 3bulan. positif pertussis. dr umo sebulan dah 3x kli admitted. smpi sekarang x ok lagi.. :(
Catat Ulasan