Emailnya seperti berikut:-
From: "Shahrul Kadri" <xxxx@es.hokudai.ac.jp>
To: <callcentre@e-zakat.com.my>
Date: Tue, 7 Dec 2010 15:29:04 +0900
Subject: Zakat Emas
To: <callcentre@e-zakat.com.my>
Date: Tue, 7 Dec 2010 15:29:04 +0900
Subject: Zakat Emas
Assalaamualaikum wbt,
Syabbas ke atas laman web yang sangat informatif dan menarik.
Saya Shahrul Kadri bin Ayop
Saya ingin bertanya mengenai zakat emas,.
Saya ada memiliki beberapa keping syiling emas untuk simpanan keluarga.
Melalui laman web tuan, Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram.
Adakah ia dikira 85 g utk setiap individu dalam satu keluarga? Atau satu keluarga nisab emas simpanan ialah 85 g?
Sebagai contoh, saya dan isteri sama-sama memiliki sejumlah 100 g emas secara pemilikan bersama. Adakah diwajibkan berzakat?
Sekiranya, saya memiliki 90 gram, dan isteri 10 gram secara pemilikan berasingan. Adakah diwajibkan berzakat bagi bahagian saya sahaja?
Terima kasih atas masa yang diluangkan.
Wassalam
-------------------------------------------------
Jawapannya
From: Mohammad Farid Bin Mohd Zainal [mailto:xxxxx@e-zakat.com.my]
Sent: Thursday, December 23, 2010 4:40 PM
To: LZS Call Centre; xxxxx@es.hokudai.ac.jp
Subject: Re: Fwd: Zakat Emas
Sent: Thursday, December 23, 2010 4:40 PM
To: LZS Call Centre; xxxxx@es.hokudai.ac.jp
Subject: Re: Fwd: Zakat Emas
Waalaikumsalam wrt wbt.
Terima kasih kepada En. Shahrul yg sudi mengunjungi Portal kami dan mendapatkan maklumat2 berkaitan zakat, walaupun berada jauh di seberang laut.
Sebelum menjawab persoalan En. Shahrul, suka saya menerangkan serba sedikit berkaitan beberapa hukum tentang zakat. Di antara syarat wajib zakat adalah Milik Sempurna. Milik sempurna bermaksud, seseorang itu mempunyai kuasa untuk menggunakan dan mengawal harta miliknya, tanpa campurtangan pihak lain.
Pemilikan juga mempunyai beberapa kategori, di sini saya hanya inginkan mengemukakan 2 jenis pemilikan sahaja iaitu :
1. Pemilikan individu
2. Pemilikan secara bersama (Musyarakah)
Asas ini penting bagi menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh En. Shahrul.
Sekiranya pemilikan emas yg disimpan oleh keluarga En Shahrul adalah dalam kategori 1/individu (En. Shahrul memiliki 90 gram & isteri 10 gram) maka zakat hanya diwajibkan atas En. Shahrul yg mempunyai nilai emas melebihi Nisab (85 gram emas). Zakatnya adalah (90 gram x harga emas semasa) x 2.5 %.
Adapun isteri En. Shahrul tidak diwajibkan zakat kerana pemilikannya tidak melebihi nisab.
Sebaliknya, sekiranya pemilikan itu adalah kategori 2/ pemilikan bersama (perkongsian), iaitu En shahrul berkongsi dengan isteri untuk membeli emas sebanyak 100 gram, dengan nisbah 90-10 (atau apa jua nisbah dan cara perkongsian), maka zakat dikenakan ke atas perkongsian harta tersebut. Zakatnya adalah (100 gram x harga emas semasa) x 2.5 %.
Semoga penjelasan ini dapat memberi kefahaman kepada En. Shahrul dengan sebaiknya.
Wallahu A'lam Bissowab.
Sekian.
Wassalamualikum wrt wbt.
Mohd. Farid Mohd. Zainal
Ketua Unit Penyelidikan Syariah
Bahagian R&D
LZS (MAIS)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan