Rabu, 8 Disember 2010

Rawatan gigi Iman NY.

Petang tadi Abi bawa Iman ke klinik gigi untuk rawatan gigi. Kali terakhir 2 bulan yang lalu. Empat gigi di bahagian depan atas menunjukkan tanda-tanda kaviti gigi. Jadi untuk mengelakkan gigi Iman hilang di gigit bakteria-bakteria jahat, Iman kena lalui rawatan fluorida. Doktor akan periksa tahap keseriusan kaviti, floss dan berus gigi, kemudian disapu dengan krim fluoride untuk menghalang reputan dari terus memusnahkan gigi Iman.Gambar di bawah ini bukan gambar sebenar gigi Iman. Keadaaan gigi Iman tak serius dan susunan gigi lebih rapat dan teratur. Cuma ada kopak sikit pada salah satu gigi sebab masa Iman baru mula-mula tumbuh gigi dulu suka sangat gigit meja sampai sopak gigi dia.

Iman bukanlah makan makanan manis (macam Abinya hehe). Ummi dia memang tegas tak bagi makan jajan, gula-gula, jus dan buah-buahan. Puncanya dari menyusu tidak kira masa termasuklah waktu tidur. Jadi, bakteria sentiasa hidup gembira dalam mulut Iman. Doktor kata, gigi terakhir Iman telah tumbuh di bahagian geraham atas. Maka lengkaplah set pertama gigi Iman. Hadiah bermakna untuk Hari Lahirnya yang ke-2 esok. Abi bangga sebab Iman tak menangis semasa rawatan. Iman dah pandai, sebab dah lebih 10 kali pergi klinik gigi, dan klinik kanak-kanak. Abi memang mahu biasakan Iman dengan suasana klinik supaya bila sudah besar, tidak takut jumpa doktor macam Ummi dia :)

Setiap tahun memang Abi akan jumpa doktor gigi buat pemeriksaan dan cuci. Kali terakhir 2 bulan lalu di klinik yang sama. Doktor kata Abi tiada kaviti. Namun begitu ada tanda-tanda awal periodontis. Periodintis adalah keadaan gusi yang membengkak akibat pengumpulan plag pada celah-celah gigi. Cara mencegahnya dengan memberus di bahagian sempadan gigi-gusi. Kalau tak dirawat, gigi akan tanggal dari gusi sebab bahagian akar dah rosak.

Kali ini Ummi tidak ikut serta ke klinik. Sepatutnya Ummi pun ada temujanji cuci gigi hari ini. Tetapi oleh kerana nausea Ummi yang keterlaluan, temujanji batal. Lagipun Ummi batuk-batuk teruk. Kelmarin pergi jumpa doktor, kemungkinan terkena pertussis atau "whooping cough". Waktu musim sejuk memang waktu berpenyakit. Minggu depan baru boleh tahu keputusan darah samada ada bakteria yang menyebabkan pertussis itu ada atau tidak. Kelmarin pun apat ubat sampai 5 jenis. Kesian Ummi, batuk-batuk sampai kejang perut dan belakang badan. Malam-malam nafas tersangkut, Abi pun sampai terbangun-bangun dengar bunyi Ummi batuk-batuk. Abi nak buat apa? Pura-pura tidur sahajalah sambil berdoa Ummi cepat sembuh. Memang seksa tidur kalau hidung tersumbat. Abi selalu hidung tersumbat sebab Abi ada alergi. Ada habuk sikit je mulalah gatal-gatal dan tersumbat hidung. Terseksa weh!

Kepada yang mahu ke luar negara, disarankan ambil suntikan flu sebelum musim sejuk bermula. Waktu musim sejuk memang macam-macam penyakit keluar.

1 Hari 1 Origami : Panda

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...