Kali ini biar aku berbicara pasal kewangan pula. Cheewah!
Semalam dividen dan bonus ASB di umumkan. Aku pun terfikir untuk tengok corak keuntungan pelaburan yang biasa orang buat iaitu ASB, Tabung Haji dan terkini orang sudah sibuk untuk melabur dalam emas. Aku cari maklumat-maklumat keuntungan dari tahun 1993 sehingga 2010. Hasilnya adalah seperti graf berikut
Prosedur memplot graf
1) ASB, KWSP, LTH dan inflasi mengikut paksi hitam sebelah kiri.
2) Peratus kenaikan harga purata tahunan Emas ikut paksi oren sebelah kanan.
3) Untuk ASB, aku bagi pemberat 0.1 untuk bonus sebab bonus dikira sebagai nilai simpanan terendah bagi setiap bulan bahagi dengan 120 bulan. Kemudian, aku tolak siap-siap dengan zakat 2.5%. Jadi,
kadar efektif keuntungan ASB setahun = dividen + 0.1*bonus - 2.5%
4) Untuk KWSP, aku tak tolak zakat, sebabnya duit itu bukan sempurna lagi milik kita.
5) Untuk Emas, aku dah siap-siap tolak zakat 2.5%, kira macam ni
keuntungan = (purata harga dalam tahun semasa - purata harga dalam tahun sebelumnya)/purata harga dalam tahun sebelumnya*100% - 2.5%
Analisis dan pendapat aku
1) Keuntungan ASB, KWSP dan LTH lebih kurang sama sahaja dan mengikut corak yang hampir sama. Kalau kita masuk dalam LTH, tak perlu fikir untuk pengiraan zakat yang berasingan. Hassle free! :)
2) Nampaknya, peratus keuntungan ASB, KWSP dan LTH semakin merosot sedikit demi sedikit, tahun demi tahun. Ya! Mari pelbagaikan portfolio.
3) Kadar inflasi mencanak naik pada tahun 1998 dan 2008 menjadikan keuntungan pelaburan dimakan oleh peratus inflasi yang tinggi. Kita maklum tahun-tahun tersebut ialah dimana berlakunya masalah ekonomi global. Adakah ia akan berulang lagi pada 2018?
4) Keuntungan efektif ASB, KWSP dan LTH secara puratanya melebihi kadar inflasi pada purata lebihan 3% setiap tahun. Jadi selamatlah orang yang melabur, rugilah orang yang boros.
5) Emas tidak memberikan peratus keuntungan yang stabil. Hanya mencanak naik selepas tahun 2000. Harga merosot dari 1994 sehingga 2001). Jadi, janganlah begitu optimistik dengan mengatakan harga emas akan naik FOREVER.
Sekian sahaja analisis aku yang ntahapaha ni. 2011 akan menjelang. Persiapkan bajet jangka pendek, sederhana dan panjang. Selamat Maju Jaya untuk aku dan anda2 semua (^_^)
Rujukan
Kadar Inflasi : http://www.indexmundi.com/g/g.aspx?c=my&v=71
Purata Harga Emas Tahunan : http://www.onlygold.com/tutorialpages/picessince1972fs.htm
3 ulasan:
memang entry yg bagus. part emas tu aku memang setuju. apapun kita kene selalu monitor portfolio kita dan melabur ditempat yg kita selesa utk melabur. aku pun nk pelbagaikan jugak dividen asb aku kali ni.
kadri, kalau ada masa, saya nak ajak you joint my contest: CONTEST AZAM 2011
boleh menang cash, cookies dan ebook hartanah. jom meriahkan, mana tahu boleh menang
perh..matjoe singgah blog saya..
bangga sekejap! hehe..
rasa macam nak gak joint contest matjoe tu, gift cookies tu menghairahkan jugak. Nanti saya try draf, kalau rasa mcm ada chance nak menang saya submit..heheh
Graf ni ada update tak? :)
- Pakdi
Catat Ulasan